Asal dan kebebasan akademik Kebebasan_bersuara

Kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat mempunyai sejarah panjang sebelum instrumen hak asasi manusia antarabangsa kini. Dalam etika Islam kebebasan bersuara mula diistiharkan dalam khulafah A-Rashidun iaitu oleh kalifah Umar pada abad ke-7. [5] Pada zaman khulafah Abbasid, kebebasan bersuara juga diistiharkan oleh al-Hashimi (sepupu Kalifah al-Ma'mun) dalam satu surat perutusan kepada pesaing agamanya yang hendak diserunya memasuki Islam melalui penggunaan kewajaran.[6] Mengikut kata George Makdisi dan Hugh Goddard, "idea kebebasan akademik" di universiti "didasarkan piawaian Islam" sebagaimana dilakukan pada sistem Madrasah" pada kurun ke-9. Pengaruh Islam "semestinya jelas pada asas universiti yang dirancangkan di Eropah, iaitu Universiti Naples Federico II yang diasaskan oleh Maharaja Rom Suci, Frederick II pada tahun 1224.[7]